KATA ALUAN



                               

                                KATA ALU-ALUAN
                                         MENTERI PELAJARAN MALAYSIA



AssalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuh                               
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) sentiasa menggalakkan dan memberi peluang kepada atlet murid mempamerkan bakat dan kebolehan masing-masing melalui pertandingan-pertandingan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  Melalui pertandingan ini, KPM berjaya menggilap potensi atlet murid dalam sukan prestasi tinggi.

Usaha KPM untuk menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam sukan dengan memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan adalah sangat wajar. Melalui dasar ini landasan untuk melahirkan kumpulan besar atlet murid akan berhasil dan seterusnya meningkatkan mutu sukan negara.

Perancangan yang teratur akan mengupayakan MSSM meningkatkan mutu perkhidmatan cemerlang dalam pengurusan pertandingan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa Perkhidmatan dan pengurusan kejohanan sukan yang cemerlang ini akan meningkatkan prestasi atlet murid.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran kejohanan MSSM peringkat kebangsaan pada tahun ini. 

‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’

 

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN


 
                            
                                  

                                 KATA ALU-ALUAN
                                 KETUA SETIAUSAHA 
 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya merakamkan sepatah dua kata dalam Buku Program Kejohanan MSSM 2012.  Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Sukan yang berusaha bersungguh-sungguh dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan awam dan agensi kerajaan khususnya dalam bidang sukan di sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat menitikberatkan soal pembangunan modal insan murid.  Justeru, melalui Dasar 1Murid 1Sukan harapan untuk membangunkan modal insan akan dapat direalisasikan.  KPM juga sentiasa berusaha untuk memberi ruang dan peluang kepada murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan sekolah dengan menyalurkan peruntukan sumber kewangan yang besar.  Kerajaan juga sangat komited dalam pembangunan sukan dengan  menaikkan Bantuan Sukan Sekolah yang berjumlah RM6 bagi setiap murid sekolah menengah dan RM4 bagi setiap murid sekolah rendah.

KPM memperuntukkan kewangan bagi belanja mengurus MSSM bagi peringkat kebangsaan dan peruntukan bagi menganjur serta menyertai kejohanan peringkat antarabangsa.  Dengan adanya peruntukan ini adalah diharap agar perancangan dan pengurusan MSSM dapat dilakukan dengan baik dan teratur.  Seterusnya urusan penganjuran MSSM akan berjalan dengan efisyen dan efektif.

Akhir kata, saya berharap agar kejohanan MSSM 2012 dapat ditadbir urus dengan cemerlang dan menghasilkan ramai atlet murid yang yang berkualiti. 

‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’
 

DATO’ DR. ROSLI BIN MOHAMED



                                                        

                  KATA ALU-ALUAN
                       KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

AssalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa dan terus komited dalam memberi peluang kepada murid-murid untuk bertanding dalam semua peringkat kejohanan sukan.  Penglibatan secara aktif murid dalam sukan amat dititikberat oleh KPM dengan memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan.  Melalui Dasar 1Murid 1Sukan, KPM berharap agar penglibatan murid dalam pertandingan-pertandingan peringkat sekolah akan menyumbang kepada peningkatan penyertaan mereka dalam pertandingan di peringkat yang lebih tinggi lagi.

KPM yakin bahawa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) merupakan satu platform yang relevan dalam mengetengahkan bakat-bakat atlet muda melalui pertandingan-pertandingan di peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) dan MSSM.  Penyertaan murid dalam kejohanan semua peringkat ini akan dapat memastikan kesinambungan kecemerlangan murid dalam sukan.  KPM berharap agar semua penggiat sukan untuk bersama-sama memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi meningkat mutu pengurusan dan pencapaian sukan.

Akhir kata, saya bagi pihak KPM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pembangunan dan kecemerlangan sukan termasuk penganjuran kejohanan MSSM untuk tahun ini.

‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’

      
DATO’ SRI ABD. GHAFAR BIN MAHMUD



                                                       
                                                               
                                                                  SEPATAH DUA KATA
                                                          PENGARAH BAHAGIAN SUKAN
                                                    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Buku Panduan Pengurusan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2012 ini disediakan sebagai rujukan untuk Penyelaras Sukan MSSM, Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) dan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) MSSM agar pengelolaan Kejohanan MSSM berjalan dengan baik dan lancar. Maklumat dan kandungan dalam buku ini juga boleh digunakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah.  Buku ini adalah komunikasi dua hala antara pihak MSSM dengan MSSN/MSSD/MSS dalam memberi maklumat yang berkaitan dengan aspek pengurusan kejohanan MSSM.

Pihak sekolah akan mendapati buku ini amat membantu dalam pengurusan aktiviti sukan melalui Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah dan seterusnya memperkukuhkan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan.  Dasar 1Murid  1Sukan  memberi penekanan kepada penyertaan menyeluruh murid secara aktif.  Dengan ini, bilangan atlet murid bertambah dan seterusnya mutu kecemerlangan sukan prestasi tinggi dapat ditingkatkan.

Bahagian Sukan merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua Yang DiPertua dan Setiausaha Agung MSSN dan PTPS MSSM atas usaha bersama-sama menghasilkan buku ini.  Dalam menyediakan buku ini, usaha mentafsir masalah, menganalisis faktor, mengumpul maklumat, menyelesaikan masalah dan membuat penyelesaian alternatif telah diambil kira bagi penambahbaikan mutu penganjuran kejohanan MSSM yang diadakan setiap tahun.

Sekian, terima kasih.

 

EE HONG

                                                                                                                                     
  KATA ALU-ALUAN 
PENGARAH JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izin-Nya jua maka saya dapat
men
yampaikan sepatah dua kata dalam buku cenderamata ini.  Sekalung tahniah dan syabas kepada
seluruh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Boling Tenpin Majlis sukan Sekolah-sekolah Malaysia 2012 atas usaha gigih bagi menjayakan Kejohanan ini
.

Saya bagi pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan seluruh Ahli Jawatankuasa Pengelola ingin mengucapkan selamat datang ke negeri Pulau Pinang, Pulau Mutiara kepada semua kontinjen yang bertanding.

Sesungguhnya, usaha melahirkan ahli sukan yang cemerlang bukanlah mudah.  Oleh itu kejohanan seperti ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baru dan menjadi pelapis kepada para pemain sekarang. Besarlah harapan kita dengan komitmen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia agar kejohanan Boling Tenpin ini akan menampilkan pemain-pemain yang akan mendominasi permainan Boling Tenpin peringkat global pada masa depan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa .

Kejohanan ini juga diharap menjadi wadah dalam mendidik para pelajar agar bersahsiah tinggi dan terpuji, seterusnya menyuntik semangat toleransi dan berdaya saing secara sihat khususnya kepada para atlet sesuai dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
kejohanan Boling Tenping ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung
Ucapan tahniah dan syabas kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa.  Cuba lagi di lain kali.
Sekian, Selamat Bertanding.

 
HJ AHMAD TARMIZI BIN KAMARUDDIN
PENGARAH
JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG

No comments:

Post a Comment